Yesterday rain fell from morning til night
Descending in thick cloud through the dust
Your delicate voice that filled my ears
Vanished into the rain..
Semalam hujan turun dari pagi hingga malam,
Turun dari awan tebal membuang debu-debu,
Suaramu yang halus memenuhi telingaku,
Hilang bersama hujan...
Sometimes I will shed tears longing for you
Sometimes my heart will twinge with loneliness
Though I loved you Though I loved you
I was just only able to look at you from afar
Unable to come close..
Kadangkala aku mengalirkan air mata merindui dirimu,
Kadangkala hatiku terasa tertusuk dengan kesunyian,
Walaupun aku mencintaimu,
Aku cuma mampu melihatmu dari jauh,
Tak mampu mendekati...
Though I wanted to remain close by your side
I had no choice but to leave
Though I loved you..
Walaupun aku mahu kekal dekat di sisimu,
Tapi aku tiada pilihan lain selain pergi,
Walaupun aku mencintaimu....
Song from Kim Kwangseok
Translate to Malay by me..
note: love his voice.. Lot of pain..~~
Tuesday, May 20, 2014
Sunday, April 27, 2014
Sangkar cintamu..
Hati...
Kian direjam cinta,
Semakin banyak onak melanda,
Ku tabahkan jua kaki melangkah..
Tubuh,
Tetap berdiri kaku terpaku,
Sedang cinta dimamah kata,
Bilamana dia berdusta...
Janji,
Dilaungkan tanda setia,
Sedang diri dipagut nista,
Ku harung jua badai sengsara..
Panggilanmu,
Umpama pisau tingkahnya,
Kasihnya menghiris,
Tajamnya melukakan..
Cinta,
Bawalah kepadaku,
Dirimu yang dahulu,
Agar sengsara ini berlalu...
Anganku,
Jangan engkau musnahkan,
Andai sudi kemarilah,
Andai tegar menyahutlah..
Masa,
Terus menghantui diri aku dan kamu,
Berlalunya musim cinta,
Yang ada hanya realiti..
Malam,
Kian sunyi tanpa lagu,
Bicara rindu yang pernah milik aku,
tinggallah aku dalam kerinduan yang sepi..
Bintang,
Kembali sendirian di atas sana,
Sedang manusia sekeliling berpesta,
Tanpa mengingati keberadaanku..
Hidup,
Yang dulu aku terkeliru,
Indahnya sinar godaan,
Yang kini semakin kegelapan..
Sangkar,
Memerangkap sang burung bahagia,
Peliharalah sebaiknya,
Kerana kepaknya sekian lama terluka..
AKU YANG TERPERANGKAP,
AHAD 27, April 2014
Kian direjam cinta,
Semakin banyak onak melanda,
Ku tabahkan jua kaki melangkah..
Tubuh,
Tetap berdiri kaku terpaku,
Sedang cinta dimamah kata,
Bilamana dia berdusta...
Janji,
Dilaungkan tanda setia,
Sedang diri dipagut nista,
Ku harung jua badai sengsara..
Panggilanmu,
Umpama pisau tingkahnya,
Kasihnya menghiris,
Tajamnya melukakan..
Cinta,
Bawalah kepadaku,
Dirimu yang dahulu,
Agar sengsara ini berlalu...
Anganku,
Jangan engkau musnahkan,
Andai sudi kemarilah,
Andai tegar menyahutlah..
Masa,
Terus menghantui diri aku dan kamu,
Berlalunya musim cinta,
Yang ada hanya realiti..
Malam,
Kian sunyi tanpa lagu,
Bicara rindu yang pernah milik aku,
tinggallah aku dalam kerinduan yang sepi..
Bintang,
Kembali sendirian di atas sana,
Sedang manusia sekeliling berpesta,
Tanpa mengingati keberadaanku..
Hidup,
Yang dulu aku terkeliru,
Indahnya sinar godaan,
Yang kini semakin kegelapan..
Sangkar,
Memerangkap sang burung bahagia,
Peliharalah sebaiknya,
Kerana kepaknya sekian lama terluka..
AKU YANG TERPERANGKAP,
AHAD 27, April 2014
Tuesday, March 25, 2014
Mencari Syurga..
Jalan...
Terlalu berliku bagi diriku yang kerdil,
Mencari arah yang terlalu banyak persimpangan,
Namun satu yang ku tuju,
Hanyalah Syurga-Mu..
Hidup..
Terlalu payah untukku merangkak,
Demi keluar dari bawah tempurung ini,
Demi melihat sekelompok awan,
Mahupun sang mentari,
Apatah lagi bulan dan bintang...
Syurga...
Hari demi hari aku lalui,
Ku sangka syurga itu jauh di kayangan,
Namun bersemayam di dalam berkat,
Di hati seorang ibu dan suami..
Mencari syurga...
Tidak semudah syurga dunia,
Banyak godaan di luar rumah,
Haruskah terperap selamanya,
Hanya kerna rumah itu sebuah syurga..
Mencari syurga..
Tidak serupa syurga di hati ibu,
Andai marah, benci lah ia..
Berdosa lah kite selama-lamanya...
Namun selama itukah harus dibebani sendirian...
Mencari syurga..
Tidak serupa syurga di hati suami,
Andai marah, tercalarlah maruah..
Berdosakah sepanjang hayat?
Atau terbiar berdosa kerana mereka juga manusia...
Antara manusia dan malaikat,
Ada beza yang tidakkan sama..
Antara nafsu dan jemu,
Semuanya silih berganti hingga keliru,
Dimanakah letaknya cinta sejati,
Hingga akhirnya wanita yang tindas,
Di hati seorang ibu dan hati seorang suami..
Di manakah berkat sedang sehabis tenaga berhempas pulas,
Atau terhempasnya sebuah pengorbanan,
Dimanakah cinta dan syurga...?
DARI AKU YANG MENCARI SYURGA..
Terlalu berliku bagi diriku yang kerdil,
Mencari arah yang terlalu banyak persimpangan,
Namun satu yang ku tuju,
Hanyalah Syurga-Mu..
Hidup..
Terlalu payah untukku merangkak,
Demi keluar dari bawah tempurung ini,
Demi melihat sekelompok awan,
Mahupun sang mentari,
Apatah lagi bulan dan bintang...
Syurga...
Hari demi hari aku lalui,
Ku sangka syurga itu jauh di kayangan,
Namun bersemayam di dalam berkat,
Di hati seorang ibu dan suami..
Mencari syurga...
Tidak semudah syurga dunia,
Banyak godaan di luar rumah,
Haruskah terperap selamanya,
Hanya kerna rumah itu sebuah syurga..
Mencari syurga..
Tidak serupa syurga di hati ibu,
Andai marah, benci lah ia..
Berdosa lah kite selama-lamanya...
Namun selama itukah harus dibebani sendirian...
Mencari syurga..
Tidak serupa syurga di hati suami,
Andai marah, tercalarlah maruah..
Berdosakah sepanjang hayat?
Atau terbiar berdosa kerana mereka juga manusia...
Antara manusia dan malaikat,
Ada beza yang tidakkan sama..
Antara nafsu dan jemu,
Semuanya silih berganti hingga keliru,
Dimanakah letaknya cinta sejati,
Hingga akhirnya wanita yang tindas,
Di hati seorang ibu dan hati seorang suami..
Di manakah berkat sedang sehabis tenaga berhempas pulas,
Atau terhempasnya sebuah pengorbanan,
Dimanakah cinta dan syurga...?
DARI AKU YANG MENCARI SYURGA..
Saturday, February 15, 2014
Buat Sang Mimpi..
Buat sang mimpi..
Pertama kali melihat tulisanmu di facebook,
Aku berikrar menjadi pemerhatimu dalam sunyi,
Kesakitanmu ku rasai, pengalamanmu ku hayati..
Tidak terlintas lebih dari itu...
Buat sang mimpi..
Pertama kali engkau menghulurkan salam perkenalan,
Terasa aku bagai bermimpi,
Dari pemerhati, aku ingin kau kenali,
Identitiku engkau terokai, walau tanpa kerelaan hati.
Buat sang mimpi..
Pertama kali mendengar suaramu,
Ada getar syahdu menjemputku,
Itukah godaan atau tarikan..?
Yang pasti aku bagaikan bermimpi..
Buat sang mimpi..
Pertama kali melihat wajahmu,
Yang sekian lama ditutup oleh tabir rahsia,
Muncul di depan mata walau dalam maya,
Masihkah aku bermimpi..?
Duhai sang mimpi,
Pertama kali engkau mencium gambarku,
Aku bagaikan bermimpi,
Benarkah itu kamu,
Atau sebuah mimpi belaka...?
Duhai sang mimpi...
Pertama kali engkau mencurahkan isi hati,
Walau pun tersekat kerana kerisauan,
Namun dapat ku fahami isi hatimu,
Engkau dan aku ingin menyatu mimpi kita...
Duhai sang mimpi..
Bagaikan sebuah mimpi jua kebahagian itu hilang,
Umpama dihembus bayu petang,
Tiada yang tertinggal,
Hanyalah aku seorang...
Buat sang mimpi,
Berulang kali engkau menghinaku,
Menafikan rasa yang selama ini terbina,
Kesakitan itu ku rasa bagaikan mimpi,
Benarkah itu kamu yang pernah mengasihiku,?
Atau sekadar sebuah mimpi ngeri...?
Buat sang mimpi,
Sekian lama aku memujuk hati yang luka,
Muncul insan lain mengisi ruang hati,
Memberi sedikit sinar bahawa aku bukan bermimpi,
Masih perlu berjaga untuk bernafas..
Buat sang mimpi,
Bila engkau kembali, aku kembali bermimpi,
Engkau mengenang kembali kisah lama,
Kisah suka duka yang pernah engkau dustakan sendiri,
Bertanya tentang hati yang pernah berkecai ini...
Buat sang mimpi..
Aku semakin lelah dalam permainan,
Namun masih membenarkan diri dilukai,
Hanya menanti masa engkau pergi sekali lagi.
Dan akhirnya aku bersendiri dalam sepi...
Buat sang mimpi..
Engkau ikrarkan setia kepada kekasihmu,
Tetapi masih mencari diri ini..
Apakah tujuanmu sebenarnya?
Adakah mencari tangisanku semata-mata..
Buat sang mimpi..
Seminggu sebelum hari jadiku engkau menyeru namaku,
Umpama mimpi semua berlaku,
Engkau menafikan khabar gembira itu,
Membohongiku buat kali yang terakhir...
Buat sang mimpi..
Disaat aku menyambut hari jadi dikelilingi insan tersayang,
Rupanya engkau juga sedang berbahagia,
Mimpikah aku? siapakah yang menyeru namaku minggu lalu..?
Benarkah mimpiku...?
Buat sang mimpi..
Aku tidak pernah mempersoalkan takdirku,
Aku tahu engkau hanyalah salah satu ujian dalam perjalanan hidupku,
Namun janganlah kau muncul sekali lagi,
Semata-mata melukai hati ini..
Buat sang mimpi..
Tiada lagi ruang kemaafan,
Segalanya tidak akan berulang kembali,
Perpisahan di simpang kehidupan,
Semoga antara kita sentiasa bahagia,
Semoga antara kita tiada yang berduka...
TAMAT
Pertama kali melihat tulisanmu di facebook,
Aku berikrar menjadi pemerhatimu dalam sunyi,
Kesakitanmu ku rasai, pengalamanmu ku hayati..
Tidak terlintas lebih dari itu...
Buat sang mimpi..
Pertama kali engkau menghulurkan salam perkenalan,
Terasa aku bagai bermimpi,
Dari pemerhati, aku ingin kau kenali,
Identitiku engkau terokai, walau tanpa kerelaan hati.
Buat sang mimpi..
Pertama kali mendengar suaramu,
Ada getar syahdu menjemputku,
Itukah godaan atau tarikan..?
Yang pasti aku bagaikan bermimpi..
Buat sang mimpi..
Pertama kali melihat wajahmu,
Yang sekian lama ditutup oleh tabir rahsia,
Muncul di depan mata walau dalam maya,
Masihkah aku bermimpi..?
Duhai sang mimpi,
Pertama kali engkau mencium gambarku,
Aku bagaikan bermimpi,
Benarkah itu kamu,
Atau sebuah mimpi belaka...?
Duhai sang mimpi...
Pertama kali engkau mencurahkan isi hati,
Walau pun tersekat kerana kerisauan,
Namun dapat ku fahami isi hatimu,
Engkau dan aku ingin menyatu mimpi kita...
Duhai sang mimpi..
Bagaikan sebuah mimpi jua kebahagian itu hilang,
Umpama dihembus bayu petang,
Tiada yang tertinggal,
Hanyalah aku seorang...
Buat sang mimpi,
Berulang kali engkau menghinaku,
Menafikan rasa yang selama ini terbina,
Kesakitan itu ku rasa bagaikan mimpi,
Benarkah itu kamu yang pernah mengasihiku,?
Atau sekadar sebuah mimpi ngeri...?
Buat sang mimpi,
Sekian lama aku memujuk hati yang luka,
Muncul insan lain mengisi ruang hati,
Memberi sedikit sinar bahawa aku bukan bermimpi,
Masih perlu berjaga untuk bernafas..
Buat sang mimpi,
Bila engkau kembali, aku kembali bermimpi,
Engkau mengenang kembali kisah lama,
Kisah suka duka yang pernah engkau dustakan sendiri,
Bertanya tentang hati yang pernah berkecai ini...
Buat sang mimpi..
Aku semakin lelah dalam permainan,
Namun masih membenarkan diri dilukai,
Hanya menanti masa engkau pergi sekali lagi.
Dan akhirnya aku bersendiri dalam sepi...
Buat sang mimpi..
Engkau ikrarkan setia kepada kekasihmu,
Tetapi masih mencari diri ini..
Apakah tujuanmu sebenarnya?
Adakah mencari tangisanku semata-mata..
Buat sang mimpi..
Seminggu sebelum hari jadiku engkau menyeru namaku,
Umpama mimpi semua berlaku,
Engkau menafikan khabar gembira itu,
Membohongiku buat kali yang terakhir...
Buat sang mimpi..
Disaat aku menyambut hari jadi dikelilingi insan tersayang,
Rupanya engkau juga sedang berbahagia,
Mimpikah aku? siapakah yang menyeru namaku minggu lalu..?
Benarkah mimpiku...?
Buat sang mimpi..
Aku tidak pernah mempersoalkan takdirku,
Aku tahu engkau hanyalah salah satu ujian dalam perjalanan hidupku,
Namun janganlah kau muncul sekali lagi,
Semata-mata melukai hati ini..
Buat sang mimpi..
Tiada lagi ruang kemaafan,
Segalanya tidak akan berulang kembali,
Perpisahan di simpang kehidupan,
Semoga antara kita sentiasa bahagia,
Semoga antara kita tiada yang berduka...
TAMAT
Subscribe to:
Posts (Atom)


