Adakah insan yang menyayangi aku..?
sanggup menerima baik burukku..?
menegur kesilapanku sebagai tanda kedewasaanku..
bukan dengan penghinaan..
menerima kebaikanku sebagai kelebihanku..
bukan yang terbaik setiap masa...
sesungguhnya aku insan biasa..
Adakah insan yang merindui aku..?
mengasihi aku dengan penuh perasaan..?
atau sekadar mengisi masa lapang..?
sekadar menjadi pasangan..?
sesungguhnya aku insan yang hina..
Adakah insan yang mengasihiku..?
sanggup menemani siang dan malamku..?
sanggup bertahan dikala aku kelelahan..?
sanggup meredakan kekusutan yang membadai..?
sanggup menenangkan aku tatkala aku kesedihan..?
sesungguhnya aku hanya seorang wanita..
Adakah insan yang mencintai aku..??
membalas kasihku seihklas hati..
membalas rinduku yang sepi..
menerima diriku yg penuh dengan debu duniawi..
menampung diriku yang tidak tahu berdikari...
menyeka air mataku yang menitis..
sesungguhnya aku insan yang lemah..
Adakah insan yang sanggup bertahan untuk aku..??
atau sekadar belalu pergi bila aku tersilap langkah.?
sekadar memerhati tanpa mahu membantu..?
dan pergi tanpa menoleh kembali..?
dan membiar hati ini terguris lagi..
sesungguhnya aku wanita penuh dengan air mata..
Adakah lelaki seperti itu..??
merindui diriku selalu..?
mengasihiku bukan kerana nafsu..?
mencintaiku kerana aku adalah aku..?
sesungguhnya aku insan yang tidak sempurna..
Adakah insan seperti itu untuk aku..??
adakah..?? sanggupkah..??
aku yang kian rebah menempuh ranjau onak dan cabaran..
aku yang kian tersesat dengan liku2 kehidupan..
aku yang mengharap sebuah kepastian..
adakah itu kamu..?
Adakah insan seperti itu untuk ku..?
atau aku yang tidak tahu bersyukur..?
tidak sedar dan menghargai sebelum kehilangan..?
ataukah aku tidak layak menerima insan itu..?
berikan petanda pada ku ya ALLAH..
AKU YANG MASIH MENANTI
3.00 PM
8 JUN 2012
DARI SUDUT HATI YANG LEMAS
