Dia..
Aku kenali ketika aku penuh luka,
dia menceriakan aku dengan hilai tawa...
Aku luahkan isi hati penuh hitam putih kenangan..
dia mewarnai hati dengan pelangi selepas hujan..
Dia..
Kehadiranya bagai ribut sentosa..
merenggut semua kesedihan yang dulu,
hilang entah ke mana,
yang ada hanya suka dan gembira...
Dia..
Kedatangannya bagai mimpi..
tidak pernah terlintas di hati,
namun kasih sayangnya berbukti,
bukan kerana godaan duniawi...
Dia..
Melengkapkan segala kekurangan..
Menutup segala keaiban..
Menerima segala kesalahan..
Memenuhi setiap keinginan..
Dia..
Memandang aku dengan penuh rasa cinta..
Merindui aku dengan penuh rasa kasih..
Menyayangi aku dengan segenap perasaan yang ada..
Menggilap aku sebagai permata hatinya..
Dia...
selama ini berada di sisi..
Tidak pernah aku dekati..
Namun aku bersyukur dia masih di situ,
Dan kini bertakhta di hati...
Dia..
walau bukan yang pertama...
tetap menjanjikan aku bahagia..
walaupun aku jauh dari sempurna..
Dia menerima aku seadanya...
TERIMA KASIH CINTA.
16 Julai 2013
11.48 PM
HATI YANG TELAH DICURI..
