Jalan...
Terlalu berliku bagi diriku yang kerdil,
Mencari arah yang terlalu banyak persimpangan,
Namun satu yang ku tuju,
Hanyalah Syurga-Mu..
Hidup..
Terlalu payah untukku merangkak,
Demi keluar dari bawah tempurung ini,
Demi melihat sekelompok awan,
Mahupun sang mentari,
Apatah lagi bulan dan bintang...
Syurga...
Hari demi hari aku lalui,
Ku sangka syurga itu jauh di kayangan,
Namun bersemayam di dalam berkat,
Di hati seorang ibu dan suami..
Mencari syurga...
Tidak semudah syurga dunia,
Banyak godaan di luar rumah,
Haruskah terperap selamanya,
Hanya kerna rumah itu sebuah syurga..
Mencari syurga..
Tidak serupa syurga di hati ibu,
Andai marah, benci lah ia..
Berdosa lah kite selama-lamanya...
Namun selama itukah harus dibebani sendirian...
Mencari syurga..
Tidak serupa syurga di hati suami,
Andai marah, tercalarlah maruah..
Berdosakah sepanjang hayat?
Atau terbiar berdosa kerana mereka juga manusia...
Antara manusia dan malaikat,
Ada beza yang tidakkan sama..
Antara nafsu dan jemu,
Semuanya silih berganti hingga keliru,
Dimanakah letaknya cinta sejati,
Hingga akhirnya wanita yang tindas,
Di hati seorang ibu dan hati seorang suami..
Di manakah berkat sedang sehabis tenaga berhempas pulas,
Atau terhempasnya sebuah pengorbanan,
Dimanakah cinta dan syurga...?
DARI AKU YANG MENCARI SYURGA..

No comments:
Post a Comment