Tuesday, November 12, 2013

Bertahanlah wahai hati...

Hati...
Telah berkorban menutup tirai memori,
Membuang segala kenangan perjalanan,
Bahagiakah dikau wahai hati...?

Hati..
Pernah dulu dilitupi awan hitam,
Sehingga takut pada sinar mentari,
Akhirnya ditemani sang pelangi..

Hati..
Sayang sang pelangi itu tidak kekal,
Muncul seketika lalu menghilang,
Sehingga tidak lagi dapat dijejak..

Hati..
Dicanang sana sini bahawa ia telah dimiliki,
Sedangkan hakikatnya kosong tidak terperi,
Masih mencari siapakah pemilik sejati..

Hati..
Walau dunia seakan mentertawakanmu,
Percayalah pada takdirmu,
Siapalah mereka untuk menilai dirimu...

Hati..
Pernah jua melukai hati yang lain,
Maaf ku pinta darimu,
kerana hati ini kosong dan lelah bersendiri...

Hati..
Sering diberi janji palsu,
Mereka berkata merekalah wira,
Sedangkan merekalah yang merosak jiwa...

Hati...
Pernah dirobek dengan rakus,
Sehingga tidak mampu dicantum lagi,
Namun ku kutip jua sisa-sisa...

Hati...
Sisa-sisa itu ku simen dengan kecekalan,
Takut untuk diberi kepada insan lain,
Takut akan berkecai kembali...

Hati...
Takdirmu belum selesai,
Perjalananmu masih panjang,
Bertahanlah semampunya... selamanya..

Aku yang masih bertahan..
Dalam jiwa yang kelelahan..
6.30 p.m
12.11.2013

No comments:

Post a Comment