Dalam meniti perjalanan,
Aku himpun segala dosa pahala,
Segala suka duka milikku,
Menjadi sebuah rahsia yang bukan rahsia...
Demi mereka yang pernah hadir,
Menemaniku dan berteman dengan ku,
Pasir keriangan kedukaan telah kutabur,
Akhirnya menyakitkan jiwaku sendiri...
Keriangan itu tidak berpanjangan,
Sering diakhiri dengan pengkhianatan,
Kedukaan itu melelahkan,
Jika diungkit, berdarahlah kembali...
Bulan madu yang indah telah sampai ke penghujungnya,
Manusia berubah dan berpaling arah,
Takdir kita tidak sehaluan,
Kerana itu aku dibiarkan bersendirian..
Bersama mereka aku mencipta sejarah,
Zaman muda mudi yang tidak banyak berfikir,
Kini segalanya telah berubah,
Mereka telah dimiliki, yang pasti aku tidak layak...
Jangan pernah kembali menoleh,
Cukup untuk mengingati namaku,
Jangan pernah disebut,
Biar menjadi rahsia zaman lalumu...
Aku yang masih dalam pencarian,
Mencari takdir sebuah perjalanan,
Dimanakah destinasiku nanti,
Adakah terbuang dari dunia tanpa penglihatan...
Siapakah yang sudi menemaniku,
Melalui liku-liku perjalanan yang menyakitkan,
Tanpa kau sedari aku jua sepertimu,
Mencari sebuah kebahagiaan...
AKU YANG TERTINGGAL
6.40 pm
12.11.2013
No comments:
Post a Comment