Tuesday, May 15, 2012

Ikhlaskah aku..??

bila diri selalu di khianati..
bila diri sering di caci..
bila jasa tidak dihargai..
bila diri dipandang nista..
bila perjalanan hidupku sering di duga..
bila hati terus terluka..
ikhlaskah aku..??

wahai empunya diri,
maafkan saja mereka semua
mereka tidak tahu susah payah perit hidupmu..
mereka tidak pernah mendengar rintih sayu suaramu
mereka tidak pernah melihat kesengsaraan jiwamu..
mata hati minda mereka buta..

wahai empunya diri...
ikhlaskan kakimu melangkah..
ikhlaskan jemarimu bergerak..
ikhlaskan tenagamu dikerah..
segalanya hanya pinjaman..
milik ALLAH segala-galanya..

wahai hati..
sanggupkah kau memaafkan mereka..??
sanggupkah kau mengerah segala keringatmu demi mereka.??
tidak hidup dek sanjung, tak mati dek cerca..
bukan pandangan mereka yang penting,
tapi penilaian TUHAN mu.. pencipta alam semesta..

ikhlaslah hati..
jangan kau meletakkan dirimu seperti mereka..
menuduh membuta tuli semahu-mahunya..
mereka juga insan biasa..
tadak siapa mendengar susah payah mereka..

bangkitlah wahai hati yang rebah..
hayunkan langkahmu dengan gagah..
berusahalah demi masa depan yang cerah..
tinggalkan mereka hidup mewah..
berjanjilah untuk berubah..
ikhlas tanpa mengharap upah...

ikhlas itu lutsinar..
tidak nampak dek mata yang binar..
sukar menilai mana yang salah mana yang benar..
ikhlas itu umpama sutera..
membalut jiwa-jiwa yang luka..
biar berparut hati namun terbela..
ditutupi cahaya sinar sang sutera..

masihkah kau mahu menilai erti ikhlas..??
bila matamu kau biarkan sahaja menangis..
bila wajahmu sering sahaja membengis..
bila hati selalu mengungkit kisah tragis..

ikhlaskah aku...??
hiduplah dibumi tuhan semahumu
lakukanlah saja segala kehendakmu
namun bila masamu telah tamat
kembalilah kepada TUHANmu
pulang kepada penciptamu.. pulang ke akhirat..

ikhlaslah wahai hati.. ikhlaslah..~

AKU YANG MENCARI IKHLAS...
15 Mei 2012
4.00 p.m
Dalam hati yang hangat..



No comments:

Post a Comment